Kegelisahanku hanya untuk sesaat sahaja…

Friday, March 25, 2011

Gua sayang die..Dak keCik!

Sekian lame duk tggu nk men ngan baby..dapat gak gua ank buah.hehe..ank abg gua yg no 2. Awal2 mase nak bg name kt die punye la susah. Pilih punyer pilih tetibe cancel..pilih lagi, lagi-lagi pilih..lagi-lagi cancel. sbb de family yg x stuju..de bagi name Dhea Araa Raeesa..Alees Shazeaa Raeesa..Dhea Araa Raeeqa..Natasha Bedingfield la.. Jessica Simson pon ade. Hahaaa..bergurau erk. 
Last2 name yang bertuah adalah Shazeaa Raeesa bt. Shakrul Affan. Congratulation!! hehe..xpela,lambat ckit bg name. janji name tu memberi makna yang baik2. Skang anak buah gua semakin membesar dari hari ke hari..yeah!! Minum milk byk2 k.. (n_n)

tido adalah kerja Raeesa..

Ur uncle jurra here..hehe

bau sudah mandi trus smbung tido balik

sayang kamoo..

Monday, March 21, 2011

Kakiku Komik

Gua nak kongsi pasal komik plak kali ni. Memang tak dinafikan yang gua memang suke komik..walaupun da tua.xkisah la korang nak kte gua ape..budak ke, kanak-kanak riang ke, x matang ke..gua xkisah. janji gua hepi ngan dunia komik gua.heh3..ni antara komik2 yg gua suke.check it out!!




Kisah Onepiece a.k.a budak getah bermula pada zaman lanun berleluasa. Pada zaman ini, lanun-lanun bersaing hebat untuk mendapatkan harta karun tunggal "One Piece" yang kononnya ditinggalkan oleh Raja Lanun Gold Roger. Komik ini adalah hasil daripada kartunis terkenal di jepun iaitu Eiichiro Oda.
Pada ketika ini, terdapat hero utama bernama Monkey D.Luffy, seorang remaja yang berhasrat untuk menjadi Raja Lanun setelah mendapat inspirasi daripada idolanya, Red Hair Shanks yang telah mengorbankan tangannya untuk menyelamatkan Luffy.
Kemudian, Luffy termakan Buah Syaitan, sejenis buah yang boleh membuatkan seseorang itu berkuasa ajaib. Buah Syaitan yang dimakan Luffy ialah Buah Gum Gum. Ia membolehkan Luffy melenturkan tubuhnya seperti getah. Sebagai balasannya, Luffy akan kehilangan kebolehan untuk berenang.

Selepas 10 tahun berlatih, di sinilah bermulanya kisah-kisah menarrik di mana Luffy mula mencari rakan yang akan sama-sama berjuang bersamanya. Dia turut menyelesaikan konflik yang melanda sepanjang pengembaraannya. Jalan cerita Budak Getah sangat menghiburkan dan Oda Eiichiro merupakan kartunis yang sangat hebat dalam mengembangkan plot cerita, menghidupkan watak di samping melukis situasi pertempuran yang penuh aksi dan bergaya.
komik ni bagi gua sememangnye berhantu dan terus berhantu hingga ke arini.hoho..so,korang cube la bce komik ni..kompem x menyesal.




Crayon Shin Chan

Shin Chan atau name sebenarnya Nohara Shinnosuke merupakan watak utama dalam komik berjudul Crayon Shin Chan ini. haha..sebut je name Shin Chanmesti nk gelak.hahaa..ni juga salah satu komik yang gua suke bace. Mana taknyer, watak utama lam komik or cite ni dak kecik je.tp..perbuatan die,tutur katenye sumer xmasuk akal. Wat orang berdekak jer..
Shin Chanseorang murid tadika yang gemar bergelagat nakal. Berumur 5 tahun. Suka makan biskut beruang(perisa coklat juga dikenali sebagai chokobi) sehingga giginya rosak. Kerap kencing malam akibat bermimpi memadamkan api. Selalu salah faham dan tidak peduli cakap orang. Mudah cair apabila dipuji. Jarang dapat menaiki bas sekolah kerana bangun lambat. Suka menonton berita jam 11 dan berMulut celupar. Shin-chan seringkali mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya ataupun di khalayak umum, tanpa secebis pun sikap bertimbang rasa terhadap rasa malu yang dirasai keluarganya. Yang paling kelakar, disebabkan cite ni ibu bapa seluruh dunia menjadi bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, boleh dijadikan contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton muda. Hahaha..mingung sungguh!! 



Dragon Ball
Bulma, Datuk Kame, Kurin, Wuron, Ranci, Cici, Raja Gyumao, Pikor, Bezita, Son Gohan, Yamu, Ten Shin Han, Chiao Zu, Tentera Selendang Merah, Datuk Karin, Yazirobel, Cyborg 17,18 dll, Fliza, Cell, Trunks, Son Goten, Pan, Videl, Encik Satan, Majin Buu, Uub, Popo…merupakan watak2 dalam Mutiara Naga ataupun dalam bahasa londonnya, Dragon Ball. Ingat lagi?
Watak utamanya adalah Son Goku. Seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Berketurunan saiya dan dilahirkan dengan nama Kakarot, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi adiwira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya.
Dragon Ball ada 7 biji semuanya!
Cerita Mutiara Naga ini mengisahkan tentang pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan. satu persatu musuh bumi tewas tak kira datang dari mana..Goku pasti menewaskan semuanya tanpa rasa ragu-ragu. Kame-Hame Haaa….!! kebabOww!! Perlawanan sengit telah bermula....




Slam Dunk
Komik ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bermasalah pada awalnya iaitu Hanamichi Sakuragi telah berubah menjadi lebih berdisplin dan semakin matang berfikir. Sakuragi adalah seorang lelaki yang telah 50 kali ditolak perempuan yang diminta untuk menjadi kekasihnya. Dia kemudian bertemu Akagi Haruko, gadis idamannya ini telah mengajak Sakuragi untuk mencuba bermain dengan team basket SMA Shohoku.
Meskipun pada mulanya dia enggan kerana tak mempunyai pengalaman bermain basket, Sakuragi memutuskan untuk bermain juga agar dapat membuat Haruko tertarik hati dan membuktikan dirinya layak untuk menjadi kekasih Haruko. Kaede Rukawa, saingan Sakuragi baik dalam hal percintaan maupun di lapangan basket, bergabung pada saat yang sama. Hisashi Mitsui, bekas pemain terbaik di SMP, dan Ryota Miyagi keduanya juga bergabung bermain dalam team Shohoku untuk mencapai impian kaptennya iaitu Takenori Akagi untuk membawa Shohoku menjadi juara kebangsaan. Bersama-sama, kelimanya membentuk pasukan yang kuat dan Shohoku yang sebelumnya tidak dikenali luas berubah menjadi salah satu calon juara. Kemudian mereka ikut dalam perlumbaan antara SMU, untuk mencapai harapan Takenori Akagi mencapai juara kebangsaan, mereka telah berlatih dengan bertungkus lumus, Setelah memasuki hari pertandingan Sakuragi tak dapat tidur memikirkan hari mendatang..go! go! Hanamichi Sakuragi!! Kamu adalah senjata tersembunyi pasukan Shohoku…!!


Pendekar Laut
pertempuran antara jaguh2 terbilang
Antara banyak-banyak koleksi komik gua..gua juga meminati komik karya Wan Yat Leung ni yang bertajuk Pendekar Laut. Salah satu pahlawan yang ada dibumi yang mempunyai kuasa putaran Medan magnetik yang terhebat. Gua suka banget ngan hero cite ni iaitu Pendekar Laut atau nme ikut iC adalah Pai Cheung Lang ni...bukan sahaja dia ensem malah bergaya.hoho..so cool! Dia memiliki superpower yang terhebat di alam komik. Lawan-lawan seperti Blue Dream dan Orga adalah lawan yang sangat mencabar dirinya dan juga merupakan musuh ketat beliau. Dan adik kepada musuh ketatnya pula ada orang yang paling dicintainya, iaitu Hitomi. Gadis yang memiliki kekuatan dashyat yang melampaui kesemua jaguh di alam komik ini....

komik
Pendekar laut ni sangat mempengaruhi kehidupan gua time kecik2. Asal g skola je madah nak praktikkan jurus2 serta hikmat2 seperti ilmu kebal loceng emas, tinju maut pendekar laut 999,999hp, tetakan pedang penjejak neraka, juara tempur wira, hikmat putaran medan magnetic, tetakkan tidak kesal membunuh dewa. haahahaha banyak betul hikmat. mmg best gile! Dari generasi ke generasi pendekar laut ni xpenah letih bergaduh dan berlawan. Komik pendekar laut ni ade 3 generasi dari dia single sehinggalah mempunyai cucu cicit yang sumernye hebat dalam berlawanan. Watak lain komik ini adalah Jerung Raksasa, Sang Hitam, Penjejak Neraka, Zonan, Xinan, Orga, Blue Dream dan ramai lagi... Ia memang mengujakan seperti korang bace komik Dragon Ball. Gua bole bagi komik ni 5 bintang...




Wednesday, March 2, 2011

Antara gua & airport!!

               Jam menunjukkan pukul 5.30am..teringat janji gua ngan member nk antar student UUMKL aka artis la senang cite.ngeh3.. pagi tu gua dimintak tolong antar beberapa owang artis ke airport.walaupun ngantuk gua bangun gk..almaklumla..da janji kut.
               Sepantas kilat tanpa mandi cume gosok gigi n bsuh muke,gua terus menuju ke bilik aris. gua ketuk bilik die..xde respon. uhh!mmg tdo mati.. beliau kte nk ikut temankn gua pagi tu.adoii..ape seyh xbgun lak. ring ring ring~nset berbunyi. Hello!ra demo duk mano?derah la nop g gak..lewat doh ni! uff~panggilan dari ayie yg mane die pn terlibat untuk proses antar menghantar artis ke airport ni.
               Tanpa pedulikan aris,gua terus je drive ke EDC UUM.jam ditangan menunjukkan pukul 6.10am..smbil menunggu ketibaan vvip tu, panggilan dari aris ngokngek ku terima.haha..die deal ngan vvip tu tp die lak dtg lambat.sape suh xsedar gua kejut..nasib baek ade jai yg turut lambat bangun pagi tu. naeklah beliau dgn kete poton saga jai menuju ke EDC. sebelum bergerak sempat gk la berbual bual kosong ngan tetamu vvip kite tu. pagi tu ade seramai 8 orang yg akn ke airport sb flight diorg kul 8am. zed zaidi, sheila abdul, emelda n beberapa org lg antara yg naek flight pagi tu..
                Bergeraklah kitorang ke airport kepala batas. sekejap je da sampai..mana taknye jalan clear je pagi tu. sejuk2! (^_^) gua bersalaman ngan artis2 tu sebelum diorang berangkat masuk..amboi, lembut je tangan emelda rosmila.hahaha..abis cite airport part 1.

               Sudah trip pertama, ade lagi trip lain ke airport menanti..drive balik ngan mate mengantuk menuju EDC!! pukul 8.15am gua breakfast ngan Aris disitu.hoho..gua dpt boucher breakfast dari zed zaidi.baik gak la die erk..hah! amik die..gua mkn ngan aris puas2. tp aris mmg mkn byk. siap curi bungkus karipap masuk lam kertas n gula paket masuk lam baju.haha..kamera ade kt blakang die jer. bole die xnmpak.hahaa..mmg klakar.
               Mase duk tgh syok2 makan, akak kite sampai..itulah Zehra Zamri. cantik jer walaupun berpakaian simple. baju t-shirt putih berseluar jeans..simple but nice. kitorang teman la kak zehra breakfast..xsampai hati nak tinggal die mkn sorang2.kang nangis lak..haha.(dlm hati aduhai beruntungnya dpt mkn ngan zehra zamri).
               Banyak gk la cite yang kitorang kongsi smbil2 mkn tu..danok x danok sume kuar. mmg syok la bercerita sb kak zehra sporting + baik + cantik orangnye. hehehe..cepat je mase berlalu, dah pkul 9.16am. masa sememangnya mencemburui gua bersama kak zehra. jeles la tuu..hakhak
               Lau ikutkan gua, mmg gua xnk bergerak p airport. borak2 lg syok dari drive tu..tp xpela, kak zehra punye pasal gua rajinkan diri gua. nk xnk mmg kne antar gk pon..lain la kak kite tu cancel flight.hehe..kereta iswara je gua nek antar kak zehra. tepat pukul 10.05am gua sampai kepala batas..rilek2 jer berjalan..sbb flight lmbt lg.kul 11am. kitorang sempat lagi berborak disitu hingga pkul 10stgh..masa yg ade bersama, kitorang gunakan dgn sebaik mungkin. kak zehra bilang lau bole xnk balik lg tp disebabkn ade family problem die terpaksa balik awal. sampailah mase kak zehra berangkat..kitorang bersalaman. Lambaian tangan serta senyuman yg memisahkan kitorang. selamat tinggal kak...~ aduhh..rse sedih plak. =D
               Sesudah itu, berdrive la gua balik ke UUM tercinta ditemani aris dgn mataku yang hampir tertutup akibat terlampau mengantuk. slow je gua bwk janji selamat sampai. Jumpe kejap jer..tp byk faedah yg gua dapat dengan berkenalan ngan student UUMKL ni. Memang satu pengalaman bagi gua sebelum abis blajar ni.. arap dpt jumpa lg next time!!