Kegelisahanku hanya untuk sesaat sahaja…

Monday, March 21, 2011

Kakiku Komik

Gua nak kongsi pasal komik plak kali ni. Memang tak dinafikan yang gua memang suke komik..walaupun da tua.xkisah la korang nak kte gua ape..budak ke, kanak-kanak riang ke, x matang ke..gua xkisah. janji gua hepi ngan dunia komik gua.heh3..ni antara komik2 yg gua suke.check it out!!




Kisah Onepiece a.k.a budak getah bermula pada zaman lanun berleluasa. Pada zaman ini, lanun-lanun bersaing hebat untuk mendapatkan harta karun tunggal "One Piece" yang kononnya ditinggalkan oleh Raja Lanun Gold Roger. Komik ini adalah hasil daripada kartunis terkenal di jepun iaitu Eiichiro Oda.
Pada ketika ini, terdapat hero utama bernama Monkey D.Luffy, seorang remaja yang berhasrat untuk menjadi Raja Lanun setelah mendapat inspirasi daripada idolanya, Red Hair Shanks yang telah mengorbankan tangannya untuk menyelamatkan Luffy.
Kemudian, Luffy termakan Buah Syaitan, sejenis buah yang boleh membuatkan seseorang itu berkuasa ajaib. Buah Syaitan yang dimakan Luffy ialah Buah Gum Gum. Ia membolehkan Luffy melenturkan tubuhnya seperti getah. Sebagai balasannya, Luffy akan kehilangan kebolehan untuk berenang.

Selepas 10 tahun berlatih, di sinilah bermulanya kisah-kisah menarrik di mana Luffy mula mencari rakan yang akan sama-sama berjuang bersamanya. Dia turut menyelesaikan konflik yang melanda sepanjang pengembaraannya. Jalan cerita Budak Getah sangat menghiburkan dan Oda Eiichiro merupakan kartunis yang sangat hebat dalam mengembangkan plot cerita, menghidupkan watak di samping melukis situasi pertempuran yang penuh aksi dan bergaya.
komik ni bagi gua sememangnye berhantu dan terus berhantu hingga ke arini.hoho..so,korang cube la bce komik ni..kompem x menyesal.




Crayon Shin Chan

Shin Chan atau name sebenarnya Nohara Shinnosuke merupakan watak utama dalam komik berjudul Crayon Shin Chan ini. haha..sebut je name Shin Chanmesti nk gelak.hahaa..ni juga salah satu komik yang gua suke bace. Mana taknyer, watak utama lam komik or cite ni dak kecik je.tp..perbuatan die,tutur katenye sumer xmasuk akal. Wat orang berdekak jer..
Shin Chanseorang murid tadika yang gemar bergelagat nakal. Berumur 5 tahun. Suka makan biskut beruang(perisa coklat juga dikenali sebagai chokobi) sehingga giginya rosak. Kerap kencing malam akibat bermimpi memadamkan api. Selalu salah faham dan tidak peduli cakap orang. Mudah cair apabila dipuji. Jarang dapat menaiki bas sekolah kerana bangun lambat. Suka menonton berita jam 11 dan berMulut celupar. Shin-chan seringkali mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya ataupun di khalayak umum, tanpa secebis pun sikap bertimbang rasa terhadap rasa malu yang dirasai keluarganya. Yang paling kelakar, disebabkan cite ni ibu bapa seluruh dunia menjadi bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, boleh dijadikan contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton muda. Hahaha..mingung sungguh!! 



Dragon Ball
Bulma, Datuk Kame, Kurin, Wuron, Ranci, Cici, Raja Gyumao, Pikor, Bezita, Son Gohan, Yamu, Ten Shin Han, Chiao Zu, Tentera Selendang Merah, Datuk Karin, Yazirobel, Cyborg 17,18 dll, Fliza, Cell, Trunks, Son Goten, Pan, Videl, Encik Satan, Majin Buu, Uub, Popo…merupakan watak2 dalam Mutiara Naga ataupun dalam bahasa londonnya, Dragon Ball. Ingat lagi?
Watak utamanya adalah Son Goku. Seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Berketurunan saiya dan dilahirkan dengan nama Kakarot, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi adiwira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya.
Dragon Ball ada 7 biji semuanya!
Cerita Mutiara Naga ini mengisahkan tentang pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan. satu persatu musuh bumi tewas tak kira datang dari mana..Goku pasti menewaskan semuanya tanpa rasa ragu-ragu. Kame-Hame Haaa….!! kebabOww!! Perlawanan sengit telah bermula....




Slam Dunk
Komik ini mengisahkan tentang seorang remaja yang bermasalah pada awalnya iaitu Hanamichi Sakuragi telah berubah menjadi lebih berdisplin dan semakin matang berfikir. Sakuragi adalah seorang lelaki yang telah 50 kali ditolak perempuan yang diminta untuk menjadi kekasihnya. Dia kemudian bertemu Akagi Haruko, gadis idamannya ini telah mengajak Sakuragi untuk mencuba bermain dengan team basket SMA Shohoku.
Meskipun pada mulanya dia enggan kerana tak mempunyai pengalaman bermain basket, Sakuragi memutuskan untuk bermain juga agar dapat membuat Haruko tertarik hati dan membuktikan dirinya layak untuk menjadi kekasih Haruko. Kaede Rukawa, saingan Sakuragi baik dalam hal percintaan maupun di lapangan basket, bergabung pada saat yang sama. Hisashi Mitsui, bekas pemain terbaik di SMP, dan Ryota Miyagi keduanya juga bergabung bermain dalam team Shohoku untuk mencapai impian kaptennya iaitu Takenori Akagi untuk membawa Shohoku menjadi juara kebangsaan. Bersama-sama, kelimanya membentuk pasukan yang kuat dan Shohoku yang sebelumnya tidak dikenali luas berubah menjadi salah satu calon juara. Kemudian mereka ikut dalam perlumbaan antara SMU, untuk mencapai harapan Takenori Akagi mencapai juara kebangsaan, mereka telah berlatih dengan bertungkus lumus, Setelah memasuki hari pertandingan Sakuragi tak dapat tidur memikirkan hari mendatang..go! go! Hanamichi Sakuragi!! Kamu adalah senjata tersembunyi pasukan Shohoku…!!


Pendekar Laut
pertempuran antara jaguh2 terbilang
Antara banyak-banyak koleksi komik gua..gua juga meminati komik karya Wan Yat Leung ni yang bertajuk Pendekar Laut. Salah satu pahlawan yang ada dibumi yang mempunyai kuasa putaran Medan magnetik yang terhebat. Gua suka banget ngan hero cite ni iaitu Pendekar Laut atau nme ikut iC adalah Pai Cheung Lang ni...bukan sahaja dia ensem malah bergaya.hoho..so cool! Dia memiliki superpower yang terhebat di alam komik. Lawan-lawan seperti Blue Dream dan Orga adalah lawan yang sangat mencabar dirinya dan juga merupakan musuh ketat beliau. Dan adik kepada musuh ketatnya pula ada orang yang paling dicintainya, iaitu Hitomi. Gadis yang memiliki kekuatan dashyat yang melampaui kesemua jaguh di alam komik ini....

komik
Pendekar laut ni sangat mempengaruhi kehidupan gua time kecik2. Asal g skola je madah nak praktikkan jurus2 serta hikmat2 seperti ilmu kebal loceng emas, tinju maut pendekar laut 999,999hp, tetakan pedang penjejak neraka, juara tempur wira, hikmat putaran medan magnetic, tetakkan tidak kesal membunuh dewa. haahahaha banyak betul hikmat. mmg best gile! Dari generasi ke generasi pendekar laut ni xpenah letih bergaduh dan berlawan. Komik pendekar laut ni ade 3 generasi dari dia single sehinggalah mempunyai cucu cicit yang sumernye hebat dalam berlawanan. Watak lain komik ini adalah Jerung Raksasa, Sang Hitam, Penjejak Neraka, Zonan, Xinan, Orga, Blue Dream dan ramai lagi... Ia memang mengujakan seperti korang bace komik Dragon Ball. Gua bole bagi komik ni 5 bintang...




No comments:

Post a Comment