Kegelisahanku hanya untuk sesaat sahaja…

Friday, April 1, 2011

Just Think About it..

Disaat kelahiran…
hampir keseluruhan manusia menghadapi dunia dengan tangisan..dunia pula menyambut kita dengan senyuman.
Sewaktu kecil… 
kita Cuma mampu menangis jika ada yang tidak kena…kita Cuma mampu menangis untuk meraih simpati… dan kasih saying…

Kadang-kadang tanpa disedari air mata akan menitis disaat kita terlalu gembira…ataupun terlalu kecewa..
Kita juga boleh menitiskan air mata bila melihat kejayaan… atau kerana penderitaan..
Walau apa pun sebab kita menangis…sebaik-baik tangisan adalah sewaktu kita sujud, bersyukur dan insaf atas kelemahan diri… kepadaNYA…
Tapi yang paling nyata… menangis menunjukkan kita makhluk yang istimewa yang memiliki akal dan perasaan…

Sebenarnya dah lama aku tak menangis…hmmm,aku pun dah tak ingat bila last time aku nangis...
Tapi bila menulis cite pasal menangis ni tibe-tibe je aku rasa sebak…
Sebak bila memikirkan…betapa lemahnya diri aku bila menghadapi dugaan-dugaan di dunia. Cukup ke amalan untuk meng’kaver’ segala dosa-dosa?!

Kerana apabila tibanya saat itu (janji yang pasti) sebaik-baiknya kita mahu pemergian yang penuh dengan senyuman…
Disaat semua orang menangisi kematian…
amin…

No comments:

Post a Comment